Showing posts with label PENGENALAN. Show all posts
Showing posts with label PENGENALAN. Show all posts

Wednesday, 9 November 2011

EVOLUSI & REVOLUSI MULTIMEDIA

Multimedia sebenarnya lahir daripada konsep “computer–based training” (CBT) sekitar lewat tahun 70an dan awal 80an di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah. Pada mulanya CBT ini menggunakan komputer peribadi bersama-sama pemain cakera video (videodisc) dan beberapa lagi alatan tambahan untuk menyokong sistem audio dan video. Satu sistem ini berharga sekitar RM 42,000.00 [1]. CBT ini hanya digunakan oleh badan-badan korporat yang besar di negara – negara maju dan tiada rekod penggunaan sistem tersebut di Malaysia pada tahun 70an.

DEFINISI MULTIMEDIA

Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media; iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video. Mulitmedia yang berinteraktif ialah aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui peranti input seperti papan kunci dan tetikus. Banyak multimedia yang berinteraktif membolehkan pengguna berinteraksi melalui aplikasi pada kadar sendiri dan memberi maklumbalas pada setiap peringkat

PANDANGAN MENGENAI MULTIMEDIA

Berikut merupakan beberapa pandangan serta pendapat mengenai definisi multimedia:-

::Jaquetta Megarry (1990) ::
Multimedia adalah hypermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberi kepada cara-cara pengguna menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus

::Waterworth (1992)::
Persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer.