Wednesday 9 November 2011

EVOLUSI & REVOLUSI MULTIMEDIA

Multimedia sebenarnya lahir daripada konsep “computer–based training” (CBT) sekitar lewat tahun 70an dan awal 80an di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah. Pada mulanya CBT ini menggunakan komputer peribadi bersama-sama pemain cakera video (videodisc) dan beberapa lagi alatan tambahan untuk menyokong sistem audio dan video. Satu sistem ini berharga sekitar RM 42,000.00 [1]. CBT ini hanya digunakan oleh badan-badan korporat yang besar di negara – negara maju dan tiada rekod penggunaan sistem tersebut di Malaysia pada tahun 70an.

Pada tahun 1980an pula muncul kiosk–kiosk informasi dan jualan iaitu “point of information (POI) dan “point of sale” (POS) di tempat–tempat umum di negara barat. Ini adalah pendedahan awal orang ramai kepada teknologi multimedia [1]. Di Malaysia revolusi multimedia bermula pada sekitar tahun 1994–1995 dan pada masa tersebut harga komputer mulai menurun dan lebih ramai yang terdedah kepada teknologi komputer. Di samping itu juga kerajaan berusaha untuk menyedarkan rakyat tentang teknologi komputer dalam pelbagai aspek aktiviti.

0 comments:

Post a Comment