Wednesday 9 November 2011

KEGUNAAN MULTIMEDIA

Di permulaan teknologi multimedia, ramai yang menganggap bahawa ia adalah satu teknologi yang tidak banyak kegunaannya, tetapi kini terbukti bahawa teknologi multimedia dapat mempermudahkan kehidupan manusia di zaman digital. Komputer dengan sendirinya tidaklah begitu bermanafaat kepada umum jika ia tidak disokong oleh perisian–perisian. Apakah kita akan menggunakan komputer jika tidak terdapat perisian–perisian seperti Microsoft Windows, Word. Berapakah ramaikah yang akan mengadap komputer jika tiada internet dan apa gunanya internet jika ia tidak interaktif ?

Dinyatakan di sini secara ringkas beberapa contoh tentang kegunaan multimedia.

Bidang Perniagaan.
Teknologi multimedia paling banyak mempengaruhi bidang perniagaan. Kiosk – kiosk yang wujud di pasaraya-pasaraya, tempat umum dan sebagainya amat berguna bagi penyebaran maklumat. Di samping itu, penyebaran perisian–perisian interaktif apabila sesebuah syarikat melancarkan produk baru amat berguna dalam usaha menarik minat pelanggan supaya terus kekal membeli barangan keluaran syarikat itu.

Bidang Pentadbiran.
Teknologi multimedia seperti “videoconferencing” banyak menjimatkan masa dan kos. Tidak perlu presiden atau pengarah urusan sesebuah syarikat menghabiskan masa untuk sampai ke destinasi cawangannya. Beliau boleh menyampaikan mesejnya daripada pejabat beliau sendiri



Bidang Latihan.
Perisian–perisian khas boleh dibangunkan untuk memenuhi keperluan sesebuah syarikat untuk melatih pekerja–pekerjanya untuk satu produk baru ataupun untuk mengendalikan peralatan baru. Teknologi multimedia juga boleh digunakan untuk melatih pekerja–pekerja baru.

Bidang Penyelidikan dan Pembangunan.
Cara tradisional yang banyak memakan kos dan masa untuk membina prototaip untuk menguji satu produk baru tidak perlu diamalkan lagi. Simulasi–simulasi boleh dibuat dengan perisian multimedia untuk mengetahui prestasi produk tersebut.

Bidang Perubatan.
Dengan pembangunan pada masa depan sistem “tele-medicine” dijangka bahawa teknologi multimedia akan merubah lanskap sistem perubatan sedunia. Projek ini sedang giat dimajukan oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan juga Malaysia. Buat masa ini projek masih dalam proses pembangunan.

Bidang Pendidikan.
Bidang inilah yang banyak bermanafaat dengan perkembangan teknologi multimedia. Dewasa ini banyak perisian multimedia dihasilkan untuk tujuan menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Di negara ini teknologi multimedia dalam pendidikan semakin mendapat perhatian serius dan kini telah wujud universiti maya. Potensi teknologi multimedia begitu luas sekali dalam bidang pendidikan dan projek ini pun adalah hasil daripada kesedaran tersebut. Satu contoh penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah portal pendidikan Utusan Malaysia yang menyediakan topik – topik pelajaran bagi peringkat UPSR, SPM dan STPM. Laman web ini mempunyai URL ,www.tutor.com.my. Rajah 1.1 menunjukkan hal ini. Disamping pendidikan melalui internet, banyak perisian multimedia yang berkonsepkan pembelajaran dan pengetahuan diterbitkan cara cakera padat seperti ENCARTA’s WORLD ENCYCLOPEDIA dan siri MICROSOFT COMPUTER BASICS.

0 comments:

Post a Comment