Wednesday 9 November 2011

PANDANGAN MENGENAI MULTIMEDIA

Berikut merupakan beberapa pandangan serta pendapat mengenai definisi multimedia:-

::Jaquetta Megarry (1990) ::
Multimedia adalah hypermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberi kepada cara-cara pengguna menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus

::Waterworth (1992)::
Persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer.



::Rosenberg (1993)::
Gabungan bunyi, imej statik,
hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan
teknologi komputer.

::Gayeski (1993)::
Suatu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar dan menerima informasi berasakan teks, grafik, audio dan sebaginya.

::Ron White (1996)::
Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan.

0 comments:

Post a Comment