Wednesday 9 November 2011

FAEDAH MULTIMEDIA

Organisasi–organisasi yang menggunakan multimedia dapat memperolehi manafaat dari segi
ekonomi dan kualiti. Faedah–faedah multimedia ialah:

Murah.
Simulasi komputer hanya memerlukan modal yang kecil jika dibandingkan dengan simulasi yang sebenar. Dengan perisian komputer yang sesuai, satu model dapat dibangunkan untuk sesuatu sistem. Simulasi komputer boleh dilaksanakan ke atas model sistem dan data-data yang menentukan prestasi ciri-ciri sistem tersebut diperolehi.

Mudah.
Mengendalikan sebuah komputer tidaklah kompleks.Dengan kehadiran berbagai alat input komputer seperti papan kekunci, tetikus, pengimbas dan lain-lain memudahkan penggunaan komputer dan hampir kesemua orang dapat dilatih menggunakan komputer dalam jangka masa yang singkat.

Menarik.
Imej dan bunyi yang menarik dapat dihasilkan menggunakan komputer dan unsur–unsur ini dapat mengelakkan pengguna dari kebosanan. Cara tradisional penyampaian maklumat dengan teks hanya menguja deria penglihatan sahaja. Dengan kehadiran bunyi, visual yang menarik dan elemen interaktiviti hampir kesemua deria terlibat dalam penyampaian maklumat dan faktor ini amat penting untuk menarik perhatian dan mengekalkan penumpuan pengguna.

Menjimatkan Masa.
Banyak masa dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan perjalanan yang jauh untuk menghadiri latihan atau mesyuarat. Semuanya boleh dilaksanakan dalam pejabat. Dengan perkembangan pesat dalam bidang digital, teknologi multimedia dijangka akan bertambah canggih.

0 comments:

Post a Comment